Salam..
Sunday, May 23, 2010
RSVP..suke nihhh!!!...
Thursday, May 20, 2010
meriahnyer..
Sambutan dimulakan dengan perarakan guru2 ke dewan dengan iringan paluan kompang yang bukan real... *Skang nie kan guna rakaman jek.* Masa berarak tu...tingat masa jadi panten...cuma masa tu sungguh berdebor2..kehkehkeh.
semasa berarak ke dewan..
kat dalam dewan..
Bila semua dah berkumpul majlis pun dimulakan. Perutusan2 disampaikan oleh GPK2...GB aku tak de ari tu. Pastu kitaorang nyanyi lagu tema Hari Guru...Guru Pembina Negara Bangsa n Kami Guru Malaysia. Slot pertama berakhir dengan acara memotong kek oleh depa2 la...kami dok pakat tengok jer. Kemudian kami diminta beratur di luar dewan bagi acara penyampaian hadiah dari Kelab Guru sekolah n PIBG. Hadiah2 tersebut disampaikan oleh pengawas2 sekolah yang telah dilantik. Then kitaorang mule le berposing...wat kenangan.
Selepas sessi bergambo...acara anak2 murid menyampaikan hadiah2 mereka kepada guru2 kesayangan mereka. Aku dapat gak la...hehehe.Hadiah2nya plak..penuh meja aku..tak cukup tempat..atas kerusi pun ok per. Hanya terima kasih yang mampu aku ucapkan.
antara hadiah2nya...
Semua guru dapat hadiah bukan aku sorang jek...hehehe. Majlis diteruskan dengan acara permainan plak. Kat sini guru2 bertanding antara satu sama lain bukan dengan murid2. Kelako betul arr dorang nie.
dah tiup belon...pecahkan dengan cara duduk atas belon...hahaha
happy giler sebab menang ...hiks
Banyak lagi perkara2 yang berlaku...akan aku jadikan kenangan di masa2 akan datang.
Salam.
Sunday, May 16, 2010
tabah la ya..
Tuesday, May 4, 2010
sekadar ucapan...terima kasih
dalam blog aku yang pertama...aku ade la menyelitkan satu dua sajak . Ada satu sajak tu...aku tulis pada tahun 2006 dalam bulan Mei gitu. Aku jadikan entri aku ...sempena Hari Pekerja. Aku memang tak sangka ...dah begitu lama tahun 2006 kita tinggalkan...ade juga yang sudi menjejaki entri tu..
Harlym Yeo said...
Mohon kebenaran membaca puisi Cik Puan yang tercatat di http://bicarasepiku.blogspot.com/2006/05/puisi-khasselamat-hari-pekerja.html
April 28, 2010 11:44 PM
Aku tak sangka la...blogger nie cam aku kenal bila aku lihat gambarnya. Of coz la beb...dia artis tuh!!. Dalam pada masa yang sama dia pernah muncul bagi mendeklamasikan sajak kat majlis2 hatta kat tv pun. Aku tentulah beri keizinan kepada dia untuk membacanya...
HarlymYeo said...
Terima kasih Cik Puan Sofya.
Jika tiada aral melintang, saya akan baca puisi Hari Pekerja itu pada 2 Mei di RTM antara jam 7:30-8:30 pagi.
Boleh tak bagi saya tajuk dan nama penuh Cik Puan supaya saya boleh credit mention masa saya baca puisi tersebut.
May 1, 2010 3:52 AM
Inilah sajak itu..
LANGKAH KEJAYAAN
Karya: Sofya
Hari ini
sama-sama kita lewati...
untuk beberapa tahun dahulu...
dan untuk beberapa tahun lagi....
Kita larik mimpi... yang panjang...
kita susun langkah... yang berderapan...
kita hitung hari-hari... yang mendatang...
kita pupuk tekad... yang utuh...
kita gapai bintang... yang gemerlapan....
kita sentuh bulan... yang tersenyum...
kita kucup kejayaan... yang menjelang...
kini kita...
bertandak mengikut rentak dan irama...
menghayun langkah seiringan
dengan cebisan azam
yang terlafaz dari awal...
kita sudahkan...
kita lengkapkan..
kita tunaikan...
kita kotakan..
dan kini pasti....
bintang di gengaman..
bulan jatuh ke riba....
mimpi tetapkan sudah...
langkahkan kehadapan...
janji dikota...
kejayaan...senyum pada kita
Tiada apa yang dapat ku ucapkan hanya sekadar..terimakasih kepada En. Harlym Yeo yang sudi mendeklamasikan satu daripada hanya beberapa karya saya yang ada.
Salam.