Ku teruskan bicaraku ..kerana aku masih mampu berbicara


Thursday, March 18, 2010

tak penat ker?

nama pun manusia ye...ade jek hasad dengkinya. Sibuk dok tengok kain orang koyak ke tak...kain sendrik rabak tak pasan...hehehehe.


cuti lagi nih. Kadang2 boring gaks tau...baru cuti dah cuti lagi. Ada yang jelez ke?..tak yah jelez la. Aku tak brape suka cuti nie sebab tak leh jenjalan...hiks. Aku layan keje2 kat rumah jek la. Nasib baik cuti kali nie Linda n anak2 dia balik ke Melaka. Walaupun sekejap...jadi ler. Kali nie Linda balik ngan Aishah , Amirah and maid dia. Ashraf ikut Abi dia ke Qatar...jumpa atuk dia yang keje kat sana.

Aishah dah beso ...3 tahun. Dah boleh diajak berbual. Seronok sangat2 berbual ngan dia...mcm berbual ngan orang dewasa plak..hehehe. Amirah baru setahun...makin montoks. Sayang Ashraf tak der. Tak per la kan..kena lah berbagi2...baru adil. Atuk keje jadi tak ade ruang n peluang nak bawa dorang g bersantai. Siangnya Aishah dah ke Jusco sebab ummi dia nak beli barang. Bila ternampak jek Wonderpark kat situ dia sibuk nak ke sana. Ummi dia tak leh nak layan sebab nak cepat. So malamnya kami plak baru dia kesana. Sukenya dia dapat bermain. Yang paling best bila dia dapat naik train ngan atuk....pastu ngan ummi.

chooo...chooo train...*ngan atuk*

ngan ummi plaks..

Sebelum balik...Aishah nak main satu lagi permainan tapi kami yang dah tak larat. Banyak sungguh energy Aishah nie...sebelum tu dia dah main banyak permainan yang lain..*tak smpt nak amek gambo...kejap lari sana kejap lari sini...tak penat ker?..* hiks

Masa balik dia duduk depan ngan aku...ruper2nya...nak 'selamat'. Cucu...cucu...hehehehe.

Salam

Friday, March 12, 2010

mukjizat Bismillah..

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH


1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir: 30).. Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.


10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.


Sabda Rasulullah, ' siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada.... '


Wallahualam..

Salam