Ku teruskan bicaraku ..kerana aku masih mampu berbicara


Thursday, May 20, 2010

meriahnyer..

Hari Guru peringkat sekolah disambut pada hari Isnin lepas. Tahun nie aku dapat meraikannya dengan agak 'sempurna' sebab tahun nie aku incharge bahagian jamuan. Last year aku dok bz menjaga pangai anak2 murid aku sebab aku kena bahagian kawalan murid. Masa tu tak leh nak duk kat depan n nyanyi2 sama ngan dorang. Tahun nie aku pulun weyy...hiks
Sambutan dimulakan dengan perarakan guru2 ke dewan dengan iringan paluan kompang yang bukan real... *Skang nie kan guna rakaman jek.* Masa berarak tu...tingat masa jadi panten...cuma masa tu sungguh berdebor2..kehkehkeh.

semasa berarak ke dewan..

kat dalam dewan..


Bila semua dah berkumpul majlis pun dimulakan. Perutusan2 disampaikan oleh GPK2...GB aku tak de ari tu. Pastu kitaorang nyanyi lagu tema Hari Guru...Guru Pembina Negara Bangsa n Kami Guru Malaysia. Slot pertama berakhir dengan acara memotong kek oleh depa2 la...kami dok pakat tengok jer. Kemudian kami diminta beratur di luar dewan bagi acara penyampaian hadiah dari Kelab Guru sekolah n PIBG. Hadiah2 tersebut disampaikan oleh pengawas2 sekolah yang telah dilantik. Then kitaorang mule le berposing...wat kenangan.















berposing ngan adik2 ku..



anak2 murid dari kelas aku..

Selepas sessi bergambo...acara anak2 murid menyampaikan hadiah2 mereka kepada guru2 kesayangan mereka. Aku dapat gak la...hehehe.Hadiah2nya plak..penuh meja aku..tak cukup tempat..atas kerusi pun ok per. Hanya terima kasih yang mampu aku ucapkan.

antara hadiah2nya...


Semua guru dapat hadiah bukan aku sorang jek...hehehe. Majlis diteruskan dengan acara permainan plak. Kat sini guru2 bertanding antara satu sama lain bukan dengan murid2. Kelako betul arr dorang nie.

dah tiup belon...pecahkan dengan cara duduk atas belon...hahaha

happy giler sebab menang ...hiks

Acara terakhir pada hari itu ialah persembahan murid2. Aku dapat rakam satu persembahan aje sebab hp aku dah beri signal..not enough memory...hehehe.


Banyak lagi perkara2 yang berlaku...akan aku jadikan kenangan di masa2 akan datang.

Salam.

2 comments:

Hazelsyd said...

salam cikya,

wahhh byknyerrr hadiah cikyaaa...huhuuu

Sofya said...

salam H..

hehehe...banyak kan?..alhamdulilah