Ku teruskan bicaraku ..kerana aku masih mampu berbicara


Friday, December 31, 2010

Di penghujung 2010

SATU PERJALANAN

dalam meniti usia yang kian rapuh ..
terkadang alpa diri..
khayal dalam fana yang sukar dimengerti..
dalam mengatur langkah ..
terkadang tersandung..
kelikir tajam yg tidak terbendung..


Jejak-jejak semalam yang ditinggalkan..
penuh garis-garis tawa dan sendu..
sakit perit yang terbina dalam bahasa...
terpahat bersama ukiran pilu..
tak mampu untuk berada di situ..
membilang satu..satu..
bertambah...bercambah...
mengugat minda...


Bukan lari...tapi mencari..
sebuah kedamaian..
bersama....membina dan menjana..
menggubah lakaran mimpi menjadi realiti..
menggapai impian yang hakiki...
Pabila terbina sayap..
berterbangan sedih pilu dahulu..
menyambut rindu yang bertamu..
Laluan kini...hamparan indah..
INSYALLAH...


SELAMAT JALAN 2010....SELAMAT DATANG 2011..


Ya ALLAH.....moga hijrahku...perjalanan hidupku ...KAU berkati dan permudahkan. Berilah aku ketabahan dan kesabaran yang tinggi dalam meneruskan kehidupan ini kerana aku tidak mampu tanpaMU Ya ALLAH.....Amin!!


Salam...

No comments: