Ku teruskan bicaraku ..kerana aku masih mampu berbicara


Thursday, April 29, 2010

aktiviti melapis..

dari hari ke sehari aku nak wat kuih nie tapi tak tau arr...malas semacam..hiks. Bahan2 semua dah ade...tinggal nak membancuh jek. Akhirnya aku gagahkan diri. Sambil preparing dinner aku melapis gak.


Actually ..this is my 1st attempt. Aku kan suke mencuba...aku belasah jugak la kali nie. Kuih tradisional nie cerewet sikit. Kalu tercair adunannya...lembik la plak. Nanti tak leh nak siat2 lapisannya. Kalu terpekat plak...lapisannya cam retak2 gitu. Alhamdulilah...percubaan aku menjadi. Lapisan tak retak...n boleh di siat2..hiks. Yahuuuuuu.....aku berjaya!!!!...hehehe.
Cuma....hiks...ade cuma tu...rasa lemak dah ok ..cuma kureng sikit manisnya. AM tak kisah sebab dia tak suke makan kuih manis2 nie. Tak per..next time aku tambah sikit lagi gulanya.


taraaaaaaaaaa...hiks

lapisan atas nipis sikit...tak cukup budget...hahaha

Aku nak wat warna merah putih..tapi tak der perisa ros plak. So aku taruk arr chocolate paste..ok gak kan? Jom makan..

Salam..

Tuesday, April 27, 2010

terharu arr..

minggu nie minggu panitia sains & matematik kat sekolah aku. Macam2 program yang diadakan. Anak2 murid aku suka sungguh sebab salah satu program tu ialah mawatan ke taman rama2 kat Ayer Keroh. Aku pun tak pernah sampai kat tempat tu...kalu zoo tu pernah ler sebab bawa anak sedara aku kesana.

Dorang pergi pukul 8 lebih...dan balik dekat2 kul 1 petang semalam. Waktu persekolahan abis kul 1.30 petang. Masa tu lak masa subject aku...hahaha. Pandai gak dorang nie...cepat2 inform aku yang dorang tak bawa buku BI. Alasannya...dalam jadual lawatan balik kul 1 lebih. Aku ok jek...aku terima alasan tu...bukan salah dorang pun. So aku buat ler aktiviti lain.


Selain dari tengok rama2...dorang kata ade haiwan2 lain kat sana. Kelas jadi riuh rendah sebab masing2 nak bercerita kat aku tentang apa yang dorang lihat dan alami. Pening pale aku jap weyy!!. yang bestnya dorang pakat kuarkan barang2 yang dorang beli. Terkojut ahkak!! Dari ular sampai ler ke cicak getah dorang hulur kat aku. Ape lagi...aku jerit jek la...hahaha. Nakal sungguh dorang nie tau.


Tapi apa yang aku nak beritau kat sini...lebih menggembirakan aku dan membuat aku speechless. Rasa cam nak nanges masa tu...tapi cover baik beb!..hiks. Bila dorang sampai jek kat depan pintu kelas...Ketua darjah kelas aku hulurkan satu bungkusan kat aku. Aku tanya.."What is this?" Dia jawab.."For you...we bought it". Barang tu tak semahal mana...tapi keikhlasan dorang buatkan aku terharu sangat2. Tak terlintas pun kat fikiran aku...dorang akan ingat kat aku masa dorang tengah berseronok waktu itu.

cantikkan?..aku letak kat fridge door dah..lagi satu tu penanda buku..

Anak2 murid ku ..tahun 4 Arif...terima kasih yer. Love uols...muahhhhhhhh!!

Salam.