Ku teruskan bicaraku ..kerana aku masih mampu berbicara


Monday, March 29, 2010

ari tu tak jadi pergi

pada 10 March lepas..kami tak jadi pergi. Konon2 nak nyambut anniversary pernikahan kitaorang kat situ...tapi cam tak de mood ari tu sebab nak balik Muo. Banyak keje nak wat masa tu ...takut tak sempat lak. So ari tu kitaorang makan kat warung pak Enal jek...makannya best gaks...lauk pauk kampung.

Rabu lepas...AM tanya nak makan kat mana? Aku cadangkan kat situ...tempat yang tak jadi sebelum tu. Dia kata...Let's go...hiks. Tu kira belated celebration arr kan? Aku bukan nak makan yang bukan2...tapi tingin sangat nak makan laksa kat situ. Dulu pernah makan...tapi lama dulu...tu yang dok tingat2 tu..hehehe. Makan laksa pun orait gaks kan....janji happy.


Korang tahukan tempat nie kat mana?..Kalau dari tol Ayer Keroh ianya terletak di sebelah kanan. Kalau nak ke tol Ayer Keroh ianya terletak disebelah kanan. Cafe nie dekat2 dengan hutan rekreasi. Decoration dalaman simple tapi cantik. Tengok pokok limau kat luo tu...banyak tuh!!. Aku saje jek tanya kat pekerja dia...Leh petik tak?..Dorang sengeh jek la...

Sedap tak?..hehehe. Nie namanya 'stir-fried cheong fun'. Kuey teow arr..ade seafood tuh. Cikgu Cina kat sekolah aku kata ...selalunya masakan nie ialah jenis sup. Nie mesti dia orang modified kan. Yang nie AM punyer...tapi aku tetap ngendeng...hiks.

Haaa....yang nie aku punyer. Laksa asam..kat tepi tu petis. Masukkan dalam laksa..gaul2kan. Kuah tu nanti tuko warna...hiks. Sedapnyeeeee!!! licin kuahnya aku hirup. Masam ade...pedas ade...manis ade..masin secukup rasa. AM tak brani nak minta. Kalau dia nak kena oder another bowl la..hehehehe. Dah kenyang baru kitaorang gerak balik ke Muo. Malamnya kitaorang makan kuih pau Muo jek.

Salam.

Monday, March 22, 2010

laaaaaaa...kek lagi?

hehehe...kemaruk wat kek ker? Actually aku kurang gemo makan kek tapi suke membakenya. Tak de keje lain ler tu...masa cuti2..asik dok g blog orang2 yang suke memasak. Bila terpandang jek makanan2 yang disediakan...mule ler berangan. Namun angan2 tu aku jadikan kenyataan...hiks. Ari tu aku wat kek cam nie gak...cuma masa tu aku marble kan dia. Yang nie
aku zebrakan di...hahaha. Cuba tengok yang kat bawak nie...nampak tak belangnya?


cam tak brape nak jadi belangnya sebab ketor weyy masa nak menyelangkannya. Kadang2 rasa cam tak berbedong tangan nie masa baby dulu2...hehehe. Ade jek yang terkeluor dari 'landasan'.
Apa2 pun ok la tu kan...rasanya sedap..lembut apatahlagi masa tengah panas2.


aku suke tengok part yang nie sebab ketara belang2nya...jadi gak la ..hehehe.
Tadi aku bawa g sekolah...ade yang tanya..tak wat jual ker?..hmmmmm...terfikir gak..tapi ada masa ker?..nanti la ek..
Salam

Thursday, March 18, 2010

tak penat ker?

nama pun manusia ye...ade jek hasad dengkinya. Sibuk dok tengok kain orang koyak ke tak...kain sendrik rabak tak pasan...hehehehe.


cuti lagi nih. Kadang2 boring gaks tau...baru cuti dah cuti lagi. Ada yang jelez ke?..tak yah jelez la. Aku tak brape suka cuti nie sebab tak leh jenjalan...hiks. Aku layan keje2 kat rumah jek la. Nasib baik cuti kali nie Linda n anak2 dia balik ke Melaka. Walaupun sekejap...jadi ler. Kali nie Linda balik ngan Aishah , Amirah and maid dia. Ashraf ikut Abi dia ke Qatar...jumpa atuk dia yang keje kat sana.

Aishah dah beso ...3 tahun. Dah boleh diajak berbual. Seronok sangat2 berbual ngan dia...mcm berbual ngan orang dewasa plak..hehehe. Amirah baru setahun...makin montoks. Sayang Ashraf tak der. Tak per la kan..kena lah berbagi2...baru adil. Atuk keje jadi tak ade ruang n peluang nak bawa dorang g bersantai. Siangnya Aishah dah ke Jusco sebab ummi dia nak beli barang. Bila ternampak jek Wonderpark kat situ dia sibuk nak ke sana. Ummi dia tak leh nak layan sebab nak cepat. So malamnya kami plak baru dia kesana. Sukenya dia dapat bermain. Yang paling best bila dia dapat naik train ngan atuk....pastu ngan ummi.

chooo...chooo train...*ngan atuk*

ngan ummi plaks..

Sebelum balik...Aishah nak main satu lagi permainan tapi kami yang dah tak larat. Banyak sungguh energy Aishah nie...sebelum tu dia dah main banyak permainan yang lain..*tak smpt nak amek gambo...kejap lari sana kejap lari sini...tak penat ker?..* hiks

Masa balik dia duduk depan ngan aku...ruper2nya...nak 'selamat'. Cucu...cucu...hehehehe.

Salam

Friday, March 12, 2010

mukjizat Bismillah..

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH


1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir: 30).. Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.


10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.


Sabda Rasulullah, ' siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada.... '


Wallahualam..

Salam

Wednesday, March 10, 2010

Ulangtahun pernikahan..alhamdulilah

dalam diam tak diam..antara sedar atau tidak...dah 3 tahun aku menjadi isteri AM.

Abang..
terima kasih atas kasih sayang dan cintamu..
terima kasih atas segala-galanya..
Moga kasih kita berkekalan hingga ke hujung nyawa.

Selamat Menyambut Ulangtahun Pernikahan kita..


Salam

Tuesday, March 9, 2010

penat ek?

dah bulan 3 dah ek?..amboi haii!!! cepat betul masa berlalu. Makin lama aku makin bz ler. Terkadang tu kan rasa cam tak leh nak catch up ngan tugasan. Penat jek aku nie. Semua orang pun penat kan? Cuma yang membezakan ialah tahap kepenatan tu. Banyak faktor yang mempengaruhi tahap kepenatan kita nie.


Sekarang nie kan ...aku bila balik school jek...mesti nak berlengko dulu. Dapat baring dalam 10 minit dah kira ok la. Pastu baru aku buat ape yang patut. Orang dah berumo nie memang cam tu ler kan. Korang mude belia lagi...so banyak energynya...hehehe. Apa2pun aku tetap kena bersaing ngan yang masih mude. Tugasan aku sama jek ngan mereka. Aku kena juga mengajar di kelas yang berada di tingkat 4. Mana ade pengecualian ...huhuhu. Bukan ape...aku takmo la nanti dorang kata gaji nak banyak tp keje ngelat...

Jap lagi nak ke school balik. Petang nie ade latihan sukan. Nenek pun kena pegi gak tau...hehehe. Tadi sebelum balik ade mesyuarat rumah sukan....acara lantik melantik. Pastu ade murid Tahun 6 cakap dorang tak nak datang petang nie dengan alasan buat ape buang masa duk kat padang. Hangin tul aku. Aku cakap kat dorang ...kalu camtu cikgu pun tak yah datang la...buang masa tunggu murid yang tak nak datang dan tak datang2. Susahlah kalu anak murid dah pandai beri alasan sebegitu. Sabo jek la!!.

Aku tetap ke school dan tunggu mereka walaupun mereka tak datang. Balik kang baru aku masak. Kalu penat sangat nanti...ade ler yang kena tapaukan makanan...hahaha.
Salam