Ku teruskan bicaraku ..kerana aku masih mampu berbicara


Thursday, April 29, 2010

aktiviti melapis..

dari hari ke sehari aku nak wat kuih nie tapi tak tau arr...malas semacam..hiks. Bahan2 semua dah ade...tinggal nak membancuh jek. Akhirnya aku gagahkan diri. Sambil preparing dinner aku melapis gak.


Actually ..this is my 1st attempt. Aku kan suke mencuba...aku belasah jugak la kali nie. Kuih tradisional nie cerewet sikit. Kalu tercair adunannya...lembik la plak. Nanti tak leh nak siat2 lapisannya. Kalu terpekat plak...lapisannya cam retak2 gitu. Alhamdulilah...percubaan aku menjadi. Lapisan tak retak...n boleh di siat2..hiks. Yahuuuuuu.....aku berjaya!!!!...hehehe.
Cuma....hiks...ade cuma tu...rasa lemak dah ok ..cuma kureng sikit manisnya. AM tak kisah sebab dia tak suke makan kuih manis2 nie. Tak per..next time aku tambah sikit lagi gulanya.


taraaaaaaaaaa...hiks

lapisan atas nipis sikit...tak cukup budget...hahaha

Aku nak wat warna merah putih..tapi tak der perisa ros plak. So aku taruk arr chocolate paste..ok gak kan? Jom makan..

Salam..

Tuesday, April 27, 2010

terharu arr..

minggu nie minggu panitia sains & matematik kat sekolah aku. Macam2 program yang diadakan. Anak2 murid aku suka sungguh sebab salah satu program tu ialah mawatan ke taman rama2 kat Ayer Keroh. Aku pun tak pernah sampai kat tempat tu...kalu zoo tu pernah ler sebab bawa anak sedara aku kesana.

Dorang pergi pukul 8 lebih...dan balik dekat2 kul 1 petang semalam. Waktu persekolahan abis kul 1.30 petang. Masa tu lak masa subject aku...hahaha. Pandai gak dorang nie...cepat2 inform aku yang dorang tak bawa buku BI. Alasannya...dalam jadual lawatan balik kul 1 lebih. Aku ok jek...aku terima alasan tu...bukan salah dorang pun. So aku buat ler aktiviti lain.


Selain dari tengok rama2...dorang kata ade haiwan2 lain kat sana. Kelas jadi riuh rendah sebab masing2 nak bercerita kat aku tentang apa yang dorang lihat dan alami. Pening pale aku jap weyy!!. yang bestnya dorang pakat kuarkan barang2 yang dorang beli. Terkojut ahkak!! Dari ular sampai ler ke cicak getah dorang hulur kat aku. Ape lagi...aku jerit jek la...hahaha. Nakal sungguh dorang nie tau.


Tapi apa yang aku nak beritau kat sini...lebih menggembirakan aku dan membuat aku speechless. Rasa cam nak nanges masa tu...tapi cover baik beb!..hiks. Bila dorang sampai jek kat depan pintu kelas...Ketua darjah kelas aku hulurkan satu bungkusan kat aku. Aku tanya.."What is this?" Dia jawab.."For you...we bought it". Barang tu tak semahal mana...tapi keikhlasan dorang buatkan aku terharu sangat2. Tak terlintas pun kat fikiran aku...dorang akan ingat kat aku masa dorang tengah berseronok waktu itu.

cantikkan?..aku letak kat fridge door dah..lagi satu tu penanda buku..

Anak2 murid ku ..tahun 4 Arif...terima kasih yer. Love uols...muahhhhhhhh!!

Salam.

Sunday, April 25, 2010

sabtu2 ku disekolah..

bulan nie adalah bulan yang paling sibuk buat aku setakat nie. 4 Sabtu aku tak leh nak bersantai. Kemana?...ke sekolah arr..pe lagi. Tingat aku kata2 arwah mak...Tak pandai2 anak aku nie...dari kecik sampai le ke beso..asik g sekolah jek...hehehe. Sekarang pun ade yang cakap camtu gak. Nak wat camno...rezeki kat sekolah..hiks

Sabtu yang pertama ...sekolah aku menganjurkan hari gotong royong sempena membenteras demam denggi. Alhamdulilah..sekolah aku nie kiranya sentiasa bersih sebab pekerja2 kat sekolah aku nie rajin2 belaka. Kita orang cuma menambah 'perisa' jek la...kemas sini sikit...sana sikit. Balik sekolah dah lepaks...nak turu tak leh..kena kemas rumah plak. Esoknya ade kelas tuition kat rumah...selesai je jelas...aku sambung turu...hahaha.
Sabtu kedua...aku ke sekolah sebab ade kelas tambahan untuk Tahun 6. Tak lama...cuma 1 1/2 jam jek. Apa2pun tetap ke sekolah gak kan? Yang tak ngajo Tahun 6 leh sambung turu...tak pun bersilat kat dapo...kat bilik...kat ruang tamu. Aku bergegas balik ke rumah selepas tamat kelas untuk subject aku....ade tuition kat rumah. Aku tak nak ler anak2 murid aku tertunggu2 aku kat depan gate..sian kan. Suzi ajak makan nasi ayam pun aku tak dan nak jamah...berdesub!!!
Sabtu ketiga....mesyuarat agung PIBG plaks. Awal gak aku sampai. Majlis bermula kul 9 am...tapi aku dah ade kat sekolah seawal kul 8 am. Bese la...aku memang suke g awal2. Kalu hari2 bese pun aku g awal...dan aku adalah diantara mereka yang terawal sampai di sekolah. Aku kurang gemor bersesak2 kat depan gate sekolah. Majlis abis kul 12 lebih. Siap lunch baru aku balik kerumah..letih maut beb.
Sabtu keempat iaitu semalam...aku kesekolah sebab ade sekolah ganti. Ganti tuk ape?..untuk Hari Raya Puasa nanti. Ramai anak murid tak datang.Nak salahkan sape?..Lu pikir la sendrik...hehehe. Aku teruskan ngajo..still beri latihan. Yang datang pun leh tahan la. Dia orang nie ade lebih kesedaran sikit. Yang tak datang tu bukan tak ade kesedaran...cuma buat2 tak sedar.

Hari nie baru sempat nak berbicara kat sini. Murid2 tuition aku dah balik. Aku dah siap basuh baju n jemur....memasak yang simple2 dan sekarang nak berehat. Sebelum tu...ade keje sekolah yang perlu aku bereskan....n nak siapkan laporan sikit sebab esok ade meeting kat JPM.

Salam.

Friday, April 16, 2010

merentas desa....ker?

ingatkan semalam nak upkan n3 nie..tapi aku KO abis. Semalam aku seharian ade kat rumah sebab semalam Melaka cuti sempena pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah..yang ke...hehehe..*tak tau arr*. Hari2 sebelumnya aku agak bz sampai ke petang. Dah letih nak memasak...so AM kena tapau makanan sebelum balik keje. *thanks dear*

Hari Isnin yang lepas...aku diminta menghadiri mesyuarat kat JPM. Jam 5 baru balik...tapi sempat lagi tu menggoreng mee hoon as dinner. Hari Selasa sekolah aku mengadakan larian merentas desa untuk murid2 tahun 1 - 4. Aku konpius la sebab namanya larian merentas desa ....sedangkan mana desanya...hiks. So...merentas desa ker? layan jek la kan. Namun larian pada hari tersebut terpaksa ditangguhkan sebab hujan la plak!!!.Patutla pagi tu aku rasa hangat jek...rupe2nya nak hujan di sebelah petang. Sian aku tengokkan anak2 murid aku yang comel2 belaka tu. Bila cikgu2 suruh duduk dendiam..dorang patuh jek..*yang benonya dorang takut...masa tu hujan lebat siap kilat lagik*. Dalam pukul 4 lebih..hujan hampir berhenti...itu pun selepas guru yang incharge dah mengumumkan larian merentas desa dibatalkan. Dorang pun pakat ler menelefon parents dorang suruh fetch dorang. Aku masih lagi menunggu...hingga kul 5 lebih.*saje la tu..balik cepat kena masak*..hahahaha. Aku call AM..minta tapaukan makanan.

Esok harinya...ari Selasa ...cuaca cantik. Larian merentas desa bagi murid2 tahun 3 - 6 dijalankan. Acara dimulakan dengan murid2 tahun 3 perempuan dan diikuti murid tahun 3 lelaki sehinggala murid tahun 6 lelaki. Aku kena jadi pengawal lalulintas. Banyak plak kete yang masuk n kuar ...pastu laju2 plak tu...*rasa cam nak baling ngan batu jek*. Aku terpacak kat tengah2 panas tu dari kul 3 hingga kul 5.30 ptg. Hangus rasa badan. Mujur ler ade payung....hmmmm.
Masing2 dah keletihan. Walaupun aku tak berlari tapi penatnya mcm lari sepuluh round padang sekolah. Kaki aku bengkak beb. Mujur esoknya cuti...tapi penat lom ilang arr. Masa dorang berlari aku tak leh nak amek gambo...bz kan masa tu..hiks. Gambo2 nie suma adalah selepas larian tersebut.

dorang dah sibuk nak balik..tunggu parents fetch la tu..

tetap bergaya...walaupun...hahaha

antara guru2 lelaki yang ado..dorang jadi peronda bermotor..

happy sungguh..maklumlah dah selesai keje..

Apa2pun...walaupun penat kitaorang tetap happy. Tahniah kepada guru2 n murid2 sekolah aku kerana berjaya merealisasikan aktiviti tersebut dengan jayanya. Kepada yang tidak 'menghadirkan diri'....lenkali cube2 ler hadir yer supaya kita sama2 merasakan 'keseronokkannya'.

Salam.

Sunday, April 11, 2010

comelnyerrrr...si Comel

aku tak ingat arr brape aribulan program nie..tapi aku ingat ari tu ari Khamis..hiks. Dah tua mmg arr daya ingatan dah makin kureng kan kan kan? Itu semua fitrah tapi ade gak yang maish mude2 belia pun pelupa..*ke wat2 lupe?* Contoh terbaik...anak2 murid aku. Asal tanya mana buku awak..jawapan skema.. saya lupa nak bawa...ish...ish...ishhh.

Aku rasa2 la program nie dalam dua minggu lepas. Masa tu anak2 murid tahap 1 diminta ke kantin sekolah untuk mendengar penerangan ataupun lebih tepat promosi tentang majalah kanak2. Penuh kantin beb. Aku nak amek gambo pun susah. Last2 aku dok dalam bilik makan dan makan...hahaha.

Bukan anak2 murid jek yang teruja...cikgu2 pun sama..especially aku. Secara kebetulan aku memang bawa camera aku yang tak brape nak canggih tu. tak leh nak adjust gambo2nya...aim betul2 pastu tekan jek punatnya..hehehe. Aku pun snap ler beberapa keping gambo...dari tingkat satu. Bila ternampak jek maskot majalah nie...aku terus turun. Sibuk tau nenek nih!!..hiks. So nie ler gambo2 yang dan aku amek...layannnnnnn.

maskot sudah mari...hiks

Comel namanya....

siap lambai2 tuh...

Comel bersalaman ngan GB..

Comel bersalaman ngan anak2 murid..

Pas murid2 tahap 1 bermesra ngan si Comel nie...murid2 tahun 6 diberi peluang plak. Ye la kan...nie kan tahun terakhir mereka kat sekolah nie..kasi chance la ..hiks


Salam.

Tuesday, April 6, 2010

tak tau serik ker?

tak bz mana pun tapikan aku kehilangan mood punca dari sesuatu yang berlaku. Banyak kali dah berlaku ..cuma aku tak amek pot sangat hinggalah. Pandangan aku ini tidak menipuku. Jelas dihadapan mataku ia berlaku. Lalu ia mencuit hati yang rapuh ini. Rasa cam nak menjerit masa tu tapi dek kerana iman yang masih utuh maka aku sabarkan jua. Fikiran aku mula bercelaru...hati mula berbicara dan soalan demi soalan menerjah di mindaku.

Aku cuba damaikan hati dengan memberi jawapan yang positif terhadap persoalan yang diajukan. Sayangnya...jawapan2 tersebut tidak cukup kukuh untuk mendamaikan hati ini. Ingin saja aku terus bertanya agar tidak perlu aku berteka teki. Namun aku gusar...andai aku dianggap keanak2an. Yang jelasnya....apa yang berlaku seperti sesuatu yang remeh....itu mungkin katanya. Aku tetap terasa...kerana bagiku...mengapa susu yang ku beri tuba yang kau balas??

AM selalu nasihatkan aku...buat tak tau..namun aku masih memberi dia ruang dan peluang. Kali ini AM kata...dan banyak kali dia buat... nape ayang tak nampak2 lagi? Aku pernah ceritakan pada kawan ku yang lain...jawapannya juga sama..Dulu dia pernah wat camtu gak..nape akak tak serik2??


Kali ini aku telah mengambil satu keputusan. Aku tak mau lagi menyakitkan hati aku sendiri...aku tak mau lagi minda aku terus berteka teki. Dia boleh dijadikan hanya kawan tapi bukan sahabat.


Salam