Ku teruskan bicaraku ..kerana aku masih mampu berbicara

Friday, June 11, 2010

alahai cendawan ..goreng pun sodappp!!

ari nie citernya lain sikit...aku nak citer pasal cendawan. Korang suke tak makan cendawan? Owang putih panggey...mushroom...cewahhh!!. Owang kampung lak panggey ....kulat. Macam2 jenis cendawan ade....nama pun lain2. Ade cendawan tiram...cendawan kukur...cendawan shitake...cendawan butang...cendawan enoki...cendawan telinga kera...dan banyak lagi.


Cendawan nie actually banyak khasiatnya. Sure korang dah tahu kan? Maklumat yang aku dapat nie pun aku baca dari majalah SAJI. So aku nak kongsi sikit la maklumatnya sebab ada di antara korang yang tak beli dan baca majalah tu kan...hehehe.Lagipun cendawan nie sedap...kenyal2 gitu.


Menurut kajian cendawan ...boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah. Yang nie sesuai utk owang diabetes la kan. Ianya juga boleh membunuh beberapa virus yang membawa penyakit berjangkit dan juga bertindak sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Khasiat untuk menentang penyakit nie bergantung kepada jenis cendawan tersebut. Bukan semua cendawan mempunyai khasiat yang sama yer. Contohnya macam cendawan Ling zhi...nama saintifiknya Ganoderma lucidium yang memang terkenal dengan nilai perubatannya.


Nama2 cendawan dan khasiatnya.(sekadar beberapa nama)

Cendawan kukur / Schizophyllum commune / membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh , anti radangan, anti bakteria , anti parasit dan melindungi hati.

Cendawan tiram kelabu / Pleurotus sajor - caju / mengawal atur darah ,merendahkan tekanan darah , mengurangkan kandungan glukosa dan lipid, meningkatkan sistem imuniti badan dan menghalang pertumbuhan tumor dan agen anti oksida.

Cendawan Ling zhi / ganoderma lucidium / melancarkan proses penghadaman , membersihkan darah , meneuteralkan bisa , melindungi hati , tonik untuk selsema , megawal tekanan jantung , menghilangkan batuk, mengeluarkan kahak ,mententeramkan fikiran , mencegah kanser dan mengubat resdung.

#kalu nak tahu lebih lanjut...baca majalah SAJI jun 2010. ..tak pun cari jek kat tenet...hiks


Untuk pengetahuan korang suma...bukan semua cendawan boleh di makan tau. Ade jugak cendawan yang beracun. Tingat lak aku satu citer kat tv..drama ler....yang mana kisah satu kuarga makan cendawan yang dorang kutip kat hutan. Dorang tak tahu cendawan tu beracun. Siap jek masak dorang makan...pastu tergolek sumanya. Kalu tak silap aku ada sorang jek yang tak makan...dia lah yang selamat...sedih citernya ..huhuhuhu.

Sekarang nie cendawan dah di komersialkan...dan banyak produk dihasilkan dari cendawan nie. Resepi2 yang menggunakan cendawan sebagai bahan utama pun dah berlambak2 ..namun satu yang amat aku minat sesangat...Cendawan goreng!!!


cendawan tiram..close up


cendawan yang dah siap digoreng...jom makan!!

Cendawan goreng nie aku kerap beli kat depan Ozana resort masa hala nak balik ke Muo. Kawan2 aku dok sibuk cakap pasal cendawan nie...masa tu aku lom try so aku tak leh nak komen. Sekali makan..perghh!! sedap beb. Satu bekas tu 2 hengget jek. Terasa lemak n rangup..cam KFC arr...hiks. Nak goreng sendrik???...aku lom cube lagi...hahahaha.

Salam.

2 comments:

Hazelsyd said...

salam cikya,

saya mmg sukerrr cendawan goreng tepung nih..mmg best cikya makan panas2 rangup2!!

Sofya said...

salam H..

a'ah...cikya pun suke.

nnt kan cikya nak try goreng arr..